Followers

Saturday, October 24, 2009

Mana Kawan Mana Lawan - Mana sifat IKHLAS?

Tengok tajuk pun dah tahu.. sure post kali nih.. macam ada rasa macam sedikit x puas ati....

banyak benda bila difikirkan kalau tengok tajuk.. dan semestinya apa yang pernah kita alami dalam kehidupan sehari2-an.. selama mana kita hidup (& Yanz jugak) ... pasti ada jua perkara perkara dan peristiwa yang menyebabkan kita rasa x puas ati, kecewa, menyesal, suka duka, gumbira, sedih, menyumpah seranah, tak ikhlas, mengumpat, mengutuk, menghina, hasad dan dengki, tikam belakang, dan tak juga ada jua sipat mazmumah yang ada dalam diri... pikir2 lah yerk apa benda tuh.

Paling dahsyat pernah Yanz alami sepanjang idup ini.. dari zaman kanak2 hingga sekarang ni... adalah sifat tamak, tak bersyukur, tikam belakang dan tak mengenangkan jasa...buka untuk Yanz atau pun sesiapa pun mahu menimbulkan rasa hangat ini... tetapi itu memang antara sipat2 realiti manusi sejak ntah bila.. tertanam di dalam hati setiap manusia yang ada di muka bumi ini,..

bila mana seseorang itu tidak bersyukur dengan apa yang dah diqada` kan... maka timbul lah perkara2 yang seperti di atas... sama ada action yang di ambik itu akan menjahanamkan dirinya, atau pun mangsanya... kerana pepatah Melayu dah ada dinyatakan "Rosak Susu Sebelanga kerna setitik Nila"....

Bab Syukur nih kalau nak berlajar dan mendalami amat lah susah & calang2 orang kalau nak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian... bukan sehari dah kita buat sykur itu sudah mencukupi dan memadai.. ianya harus ditanam dlm diri... kerana dengan SIFAT IKHLAS itu, maka kita akan dapat satu lagi sifat.. iaitu.. SABAR...

Bab sabar nih plak..lagi lah susah... nak buat..

Bila mana Yanz terkena dan manjadi mangsa.. itulah kita kena bersabar & takwakkal.. jangan lupa Allah.. doa itu senjata kita... doa tak semestinya didoakan ketika lepas solat aje... bila bila dan dimana jua boleh diucapkan dan dipohon akan segala doa itu..

Tapi bila mana kita bersabar.. terlalu bersabar pun tak boleh sangat.. sebab akan ada jurang (gap) yang mana orang akan mengambil kesempatan ke-atas kita... itu lah yang berlaku pada Yanz...

Bila mana kita tolong.. kita tak le nak mengharap akan balasan.. atas dasar seorang kawan.. nak tolong susah, tak tolong pun susah... so tolong lah jawabnya... tak pun nak harap apa apa...

Bila mana masa dah berlalu... perangai pun dah tahu, hati budi pun dah boleh dibaca... semua dah terlambat lagi bila dah berlaku ....

Dalam memilih kawan.. bukan sedetik kita tahu perangai mereka ini... makan tahun beb.. even kawan rapat dari kecik pun, bila besar mesti buat hal punya...

huh... itu tak dicampur dengan faktor geografi, asal negeri mana, asal keturunan dia, tutur budi bicara... semuanya silent factor...

pesanan dari Yanz untuk diri ini;
1)  harus hati2 bila memilih kawan dan lawan
2) Nak tolong berpada pada,..
3) buat baik pun nak kena pikir banya kali
4) tak perlu lah kita nak balas balik, bila kita balas semula, kita akan dapat pulak habuannya.
5) Biar kita bersabar, - pahala tuh,
6) Doa itu senjata
7) Kenal akan lawan kita itu bagaimana, kalau kita x kuat,.. kita lari, atau pun kita belajar la jadik lebih kuat
8) .... jaga diri baik2...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...