Followers

Thursday, October 29, 2009

Beginikah Perasaannya?



Nota : Hari ini Cuti Tahunan...
Tak tahu lah apa nak dikata.. mcm na perasaan dikala ini, di hari ini...
Adakah Yanz merasakan bahawa semua ini dirasai campur aduk?
Atau kah perasaan yang bermacam macam ini tandanya perkhabaran baik
atau kah menyedihkan?

Yang pasti Yanz merasai apa yang kawan2 dulu pernah rasai
ketika hendak mengejar impian terpaksalah meninggalkan jejak

Sukar digambarkan dikala ini
apakah warna warna perasaan yang hadir itu
Yanz cuma mampu membiarkan ianya bergaulan
berpusar di dasar lubuk sanubari ini

Hasilnya apa?

Ntah lah...


Hujan Dan Air Mata - Sudirman

Lagu ini sesuai untuk Yanz di kala ini.... aduhss  sungguh sahdu & sedih... sebak rasa di jiwa... apa kan daya ku....


Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...

Hujan dan Air Mata


Yup.. semalam Hujan... ketika aku langkahkan keluar kaki ku dari Opis.. jam 2 pagi.. 2 PAGI !!!!.. giler apa Yanz kerja sampai pagi2 kat opis... nak buat mcm na.. xtuali barang2 x pack pun lagi.. tak abis.. bila dah pack semua, buat spring cleaning sikit.. re-filing sambil buat tag... tu yang sampai ke 2 pagi tu..

lagi pun Yanz plan tak nak bawak keluar barang2 berkotak2 ketika waktu pejabat atau lepas pejabat (antara jam 5-6 petang). sure orang akan nampak yang Yanz akan pindah plak ..

Sebab apa,.. sebab Yanz x bagi tahu kat semua orang yang Yanz akan berhenti.. heheh sahdu je dengor..
Tak semua orang tahu... even malam tu jugak Yanz buat email farewell kat kengkawan yang rapat je..

hujan menang hujan,.. sampai ke pagi tadi.. masa mengarang email pun,.. lalu mata ini pun menitiskan airmatanya..
Hati terasa pilu...

aarghhhhhhhh !!!!!!!!!!!

Somewhere over the rainbow

Untuk menaikan semangat Yanz... dikala ini...


Dorothy
Somewhere, over the rainbow,
way up high.
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere, over the rainbow,
skies are blue.
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star and wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops,
Away above the chimney tops.
That's where you'll find me.

Somewhere, over the rainbow, bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow,
Why then - oh, why can't I?
If happy little bluebirds fly beyond the rainbow,
Why, oh, why can't I?

Novel Terbaru: AKU CINTA DIA

Yanz dah lama tak membeli buku2 novel ni.. kebetulan ada lalu kat tokoh buku, so masuk jap tengok2 kalau kalau ada yang best...  jumpa plak novel Kak Syarifah ni... hmm macam menarik je.. sebab dah lama x beli buku dia ni...


Penulis : Sharifah Abu Salem
Sinopsis :


DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Tuesday, October 27, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara MAZMUMAH utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. ..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. ... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Sunday, October 25, 2009

This is yor 1st time

Once upon a time a married couple celebrated their 33 th marriage
anniversary. They had become famous in the city for not having a
single conflict in their period of 33 years. Local newspaper editors
had gathered at the occasion to find out the secret of their well
known "happy going marriage".

Editor:
"Sir. It's amazingly unbelievable. How did you make this possible?"

Husband recalling his old honeymoon days said:
"We had been to Shimla for honeymoon after marriage.

Having selected the horse riding finally, we both started the ride on
different horses. My horse was pretty okay but the horse on which my
wife was riding seemed to be a crazy one.

On the way ahead, that horse jumped suddenly, making my wife topple
over. Recovering her position from the ground, she patted the horse's
back and said
"This is your first time".

She again climbed the horse and continued with the ride. After a
while, it happened again. This time she again kept calm and said
"This is your second time"
and continued.

When the horse dropped her third time, she silently took out the
revolver from the purse and shot the horse dead !!

I shouted at my wife:
"What did you do you psycho. You killed the poor animal. Are you
crazy?" .

She gave a silent look and said,
"This is your first time!!!".

Husband:
"That's it. We are happily married ever after. "

Setiap Wanita itu Cantik...

Petikan dari email yang diterima, dalam mailbox Yanz...
Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."


~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana,
Setiap Wanita itu Cantik...~

Surat Cinta #1

Kukirim Surat Cinta Pertama tanpa nama

Dalam panas malam
Kupeluk namamu di suara
Ada nada yang membakar.

Akan ku lusuhkan Surat Cinta Pertama ini
Tanpa jawapan
Hanya sepi
Mengingatkan bisikan
Dalam lembut yang meresap.

Ku kirimkan Surat Cinta Pertama buat mu, Sayang
Tiada kata-kata, sekadar kusebut namamu
Dan bersendirian sebegini
Ku rasakan
Engkau rapat semakin menghampiri
Sepiku menyepi.

Jika puaisi ini telah menemukan kita
Di taman saujana
Maka dengan puisilah
Ku kirimkan Rindu di kala malam mu.
Harap terbalas......

Yanz
12 December 2007

Salju Embun

Monday, 24 March 2008 at 12:19

Salju embun
beningan mu membasahi pipiku
terkala aku duduk sendirian
di anjung sepi

Jaga ku dari khayalan
mimpiku hanya hitam
tiada sinaran dan arah tujuan
ku mengharapkan

salju embun
kau telah memberi sinar harapan
pintu telah kau buka

Ku langkah meninggalkan kelam
lalu
Ku dongak kepalaku
Sungguh Agong Ciptaan-Mu

Kelipan di rata segenap pandangan
dikau penyeri malam
amat mengagumkan
sungguh amat banyak nya...

Mana satukan dikau?
terlalu sukar untuk ku menilai
dan memilih dikau
satu dari kilauan bintang-bintang

Ku di awangan...
mengharapkan dikau salju jelmaan

Kata Hati

" Kenapa banyak lagu CINTA lagu sedih, perpisahan, kecewa, puji, memuja...?

sebab..... kesedihan dan kegembiraan itu sepasang
lelaki mahupun perempuan tidak ada yg sempurna
so kita kena positif.

Raikan CINTA dengan sepenuh hati
itulah kebahagian hati"

Quoted from the movie "Kata Hati"

Saturday, October 24, 2009

Mana Kawan Mana Lawan - Mana sifat IKHLAS?

Tengok tajuk pun dah tahu.. sure post kali nih.. macam ada rasa macam sedikit x puas ati....

banyak benda bila difikirkan kalau tengok tajuk.. dan semestinya apa yang pernah kita alami dalam kehidupan sehari2-an.. selama mana kita hidup (& Yanz jugak) ... pasti ada jua perkara perkara dan peristiwa yang menyebabkan kita rasa x puas ati, kecewa, menyesal, suka duka, gumbira, sedih, menyumpah seranah, tak ikhlas, mengumpat, mengutuk, menghina, hasad dan dengki, tikam belakang, dan tak juga ada jua sipat mazmumah yang ada dalam diri... pikir2 lah yerk apa benda tuh.

Paling dahsyat pernah Yanz alami sepanjang idup ini.. dari zaman kanak2 hingga sekarang ni... adalah sifat tamak, tak bersyukur, tikam belakang dan tak mengenangkan jasa...buka untuk Yanz atau pun sesiapa pun mahu menimbulkan rasa hangat ini... tetapi itu memang antara sipat2 realiti manusi sejak ntah bila.. tertanam di dalam hati setiap manusia yang ada di muka bumi ini,..

bila mana seseorang itu tidak bersyukur dengan apa yang dah diqada` kan... maka timbul lah perkara2 yang seperti di atas... sama ada action yang di ambik itu akan menjahanamkan dirinya, atau pun mangsanya... kerana pepatah Melayu dah ada dinyatakan "Rosak Susu Sebelanga kerna setitik Nila"....

Bab Syukur nih kalau nak berlajar dan mendalami amat lah susah & calang2 orang kalau nak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian... bukan sehari dah kita buat sykur itu sudah mencukupi dan memadai.. ianya harus ditanam dlm diri... kerana dengan SIFAT IKHLAS itu, maka kita akan dapat satu lagi sifat.. iaitu.. SABAR...

Bab sabar nih plak..lagi lah susah... nak buat..

Bila mana Yanz terkena dan manjadi mangsa.. itulah kita kena bersabar & takwakkal.. jangan lupa Allah.. doa itu senjata kita... doa tak semestinya didoakan ketika lepas solat aje... bila bila dan dimana jua boleh diucapkan dan dipohon akan segala doa itu..

Tapi bila mana kita bersabar.. terlalu bersabar pun tak boleh sangat.. sebab akan ada jurang (gap) yang mana orang akan mengambil kesempatan ke-atas kita... itu lah yang berlaku pada Yanz...

Bila mana kita tolong.. kita tak le nak mengharap akan balasan.. atas dasar seorang kawan.. nak tolong susah, tak tolong pun susah... so tolong lah jawabnya... tak pun nak harap apa apa...

Bila mana masa dah berlalu... perangai pun dah tahu, hati budi pun dah boleh dibaca... semua dah terlambat lagi bila dah berlaku ....

Dalam memilih kawan.. bukan sedetik kita tahu perangai mereka ini... makan tahun beb.. even kawan rapat dari kecik pun, bila besar mesti buat hal punya...

huh... itu tak dicampur dengan faktor geografi, asal negeri mana, asal keturunan dia, tutur budi bicara... semuanya silent factor...

pesanan dari Yanz untuk diri ini;
1)  harus hati2 bila memilih kawan dan lawan
2) Nak tolong berpada pada,..
3) buat baik pun nak kena pikir banya kali
4) tak perlu lah kita nak balas balik, bila kita balas semula, kita akan dapat pulak habuannya.
5) Biar kita bersabar, - pahala tuh,
6) Doa itu senjata
7) Kenal akan lawan kita itu bagaimana, kalau kita x kuat,.. kita lari, atau pun kita belajar la jadik lebih kuat
8) .... jaga diri baik2...

Tentang Risiko

Yanz harus dan semestinya kena ambik jugak RISIKO ni... kalau dulu memang x berani nak ambik risiko.. tuh yang up to 9 years still maintain (and sometime suffer jugak).. bila mana kita hidup dah mencapai tahap complesent... either the environment, life or the pocket!... itu yang menyebabkan Yanz stay with the current level of life...

By next month.. & of course also week end of this month... Yanz will "Gamble" & risking all the elements... hehhehe life, works, pocket money, saving, family and others... for the sake of future plan.... the future that will changes me...

Everybody have their future plan.. target of life..
Same to Yanz.. as standard... bisala..angan2 duit bergudang-gudang;- bole langsai hutang piutang, bole beli itu ini,... nak hidup senang..
bila dah duit bergudang gudang... mula la nak pasang angan2... nak buka biz sendiri.. nak pi repair umah mak abah, nak beli tanah... nak beli umah, nak beli kereta besar2.. nak p melancong, macam macam hal di angankan...

so as for my future, risiko akan diambil dengan langkah pertama... tiada langkahmengundur lagi.. atau pun statik..

Wednesday, October 21, 2009

Kuatkan lah Hati Intan Mu

Hati Intan
kekuatan hati,
biarlah ia sekuat intan berlian di dasar bumi
kewarasan minda
biarlah seperti mana anugerah ilahi pada kaum wanita
keteguhan cinta
biarlah seteguh cintanya Aisyah
keihlasan
biarlah seikhlas mungkin..
lahir dari hati mu...

Insya Allah.. mudah mudahan..

apa yang kita inginkan tercapai...
dengan apa yang kita impikan..
dengan apa yang kita usahakan
dengan apa yang kita mahukan
dengan apa yang kita doakan...
itu semua mendorong kepada apa hasilnya
akan sesuatu kehendak..

Old Post: Kepenatan

Ini posting yang lama lama, diekstrak dari Netlog.. tempat Yan selalu lepaks..
Wednesday, 4 February 2009 at 15:33
Assignment aku kali ni ke Sarawak, Miri bandaraya bercahaya,.. 2 ari ajer .. perghhh sungguh meletihkan badan dan minda...


pagi pagi aku masuk opis ari ni ajer dah ada staff aku yang buat aku marah dan hangin...

kalau dah tak suka aku jadik boss korang.. cakap terus terang.... tak payah nak ngumpat & chating kat orang lain..memang pagi tadi aku ada arahkan kat staff lain buat itu ini... dah aku boss, suka aku laa nak kerja aku nak bagi.. bukan aku bagi kat kau pun!!!.. kerja sikit je dah ngadu tak larat!.. sorry, next cycle contract,. tak sambung yerk contract u... I will not reccomend you to be in my team anymore...

Sayonara!

by the way.. my trip to Miri this time was very tiring me and makes me feels very highly neeeded in the organisation... heheheh syukur.. eventhough 2 days, but can settle lots of things there and for benificial to all region, Kertih, sabah & Srawak operations... KL HQ? hmmm we see lah nanti macam mana depa nak swing kitaorang.. heheheh before they swing us, better we ready with shields and equips.... hhahahahah

think BIG...

Yes, I was at the areas of the Tanah Runtuh at Miri, I ada lalu kat situ, area Kenebu, Hotel Grand Palace, Miri mountains,... caused few people died & suffered... Pitty..

http://miridisaster.blogspot.com/

The sad things happened to me when my flight was delayed upto 3 hours!!!! oh man !!!... dunno why.. MAS Miri pun tak tahu... rosak plan aku nak balik KL awal awal mlm tadi... my flight should be at 4pm, but reschedule at 640pm after the flight for 610pm (miri-Kuching-KL)... what to do? lepaks & borak with others members of PETRONAS & Shell staffs... kung kang kung kang dah 630.. hehehehhe

In the flight, i was served with Sepageti cheese, cake & grapes.. bedal je laa.. lapor punya pasal..

Arrived at KLIA at 915pm... and straight away to Bandar Tasik Selatan to meet my friend.. guest who? My Junior at Univ, needs my assistant on the tessis and National Mission assignement.. perghh sound so gempak je... yup memang gempak beb.. cayalah my Junior.. you have done great job axtually to the Nations & thos who will reads your books later on.

At this time we lepaks kat Cheras Area.. dunno what name of roads.. many many names..
Going back to Ampang... home.. wahhh. dah jam 1 pg... tiidduuur terus..

Woke up at 445 am... Thanks God. I have to go to Subang airpot to chatch the flight from Subang to Kertih.. last check in at 615 am.. heheheh but alhamdullilah Subuh before boading..

arrived at Kertih and bfast at Warong Hijau.. hehehe, famouse Nasik Lemak Ayam Goreng.. perghhh meleleh jeee tengok ayam dia.. rangup giler. & best..

Masuk Opis lambat2.. jam 9 baru masuk.. hehehehhe selamba bapak je..

Survenior.. sorryy tak sempat pun nak membeli belah.. just beli kuih cincin & baju je.. itu pun mengharapkan belas ikhsan si drebar taxi yang I kena bayar lebih 5 ringgit pasal, pasar Miri Handicraft Center tuh kena ikut jalan lain.. not at the same road to the Miri airport,..

looks the pics that I upladed..

untuk member opis yang pesan pun tak der .. hehehhe makan kuih je korang..

tapi takpe.. for Netlogger friends,. tatap lah gambar2 yang Yanz uploadkan .....

Tuesday, October 20, 2009

You Belong With Me

One of my favourite song & clip,....




Lyric:
You're on the phone
With your girlfriend
She's upset
She's going off about
Something that you said
'cause she doesn't get your humor
Like I do

I'm in the room
It's a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music
She doesn't like
She'll never know your story
Like I do

But she wears short skirts
I wear t-shirts
She's cheer captain
And I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That I'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you
See you belong with me
You belong with me.

Walking the streets
With you and your worn out jeans
I can't help thinking
This is how it ought to be
Laughing on a park bench
Thinking to myself
Hey, isn't this easy?

And you've got a smile
That could light up this whole town
I haven't seen it in awhile
Since she brought you down
You say you're fine
I know you better than that
Hey what you doing
With a girl like that

She wears high heels
I wear sneakers
She's cheer captain
I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That I'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you
See you belong with me
Standing by and
Waiting at your backdoor
All this time
How could you not know
Baby
You belong with me
You belong with me.

[Instrumental]

Oh, I remember
You driving to my house
In the middle of the night
I'm the one who makes you laugh
When you know you're about to cry
And I know your favorite songs
And you tell me about your dreams
Think I know where you belong
Think I know it's with me

Can't you see
That I'm the one
Who understands
Been here all along
So why can't you see?
You belong with me.

Have you ever thought
Just maybe
You belong with me?

Posting Raya

Baru Yanz perasan semula... dalam banyak2 posting yang baru... no posting for Raya 2009... hmmm apa nak cerita yerk?

Panahan Hati


by Yanz a.k.a LeLumba
03.04.08 | 12:22pm
Ditujukan kepada penakluk & pewaris cinta suci...

Jatuh cinta kali ini
adakah kau sedari
bahawa hati punya bicara masing masing

Dapatkan dikau rasakan
masakan tidak sekelumut zarah
kata kata mu menzahirkannya
janganlah menidakkan
Bibit bibit yang lahir dari puisi
setelah jatuhnya pintu kota hati terlarang
kata kata ibarat kunci pembuka hati
halusnya suara dan niat suci
melebur segala ego dan bentengan
mestikah dikau menepis segala kata hati
yang dikau sendiri mengerti akan maksud

suara misteri...

panahan hati...

Thursday, 3 April 2008.











Selasa : Penat yang tenat... perawat non jerawat..

Ku penat kan diri..
keikhlasan ku pahatkan
sebelum ku dahulukan kerja ku

Pagi nan Selasa
Hari ketiga seminggu bekerja

Sekembalinya ku dari "bercuti"
Seperti biasa
keriangan keceriaan pekerja sekantor.
Muka ku yang penat
lagi terkuyu dibuai alis
kerja tetap menunggu ku...

Harap maaf, tidak ku beritahu anda semua
kemana ku menghilang
bukan menjauh,. hanya berehat sebentar bersama diri di alam nyata..
bukan alam digital..

Akan ku cuba membalas email, sms, mesej, komen, guestbook, blog anda semua.
tidak ku janji tau... akan ku cuba...
ku punya kudrat masih sekerat...

Selamat semua...

My Birth Flower - White Carnation


Carnation is the birth flower for people who are born in January.


The Carnation symbolizes deep love, a friend in need, distinction, beauty, and fascination.

If your birth flower is Carnation: You are a sensitive person. You are very protective towards your family and friends. You are very ambitious and aim to achieve big things in life. You are a very helpful friend.

source : Facebook.

Hmm,,.. ada betul la jugak, description yang dibaeri oleh facebook ni... but lots of charecter yang tak dilistkan sepertimana yang Yanz sendiri ada....

Sebenarnya Malam Ini












hangat malam meresahkan hidupku
sepinya sang embun
aku terbaring mengenangkan
waktu waktu yang bakal menyungsung hidupku

malam ini
banyak benar perkara yang ku pikirkan
bayang bayang sang kalkatu bermain main
dengan cahaya ia pergi
dengan cahaya jua ia jatuh
itu mengajarkan aku akan hidup berbayangan impian

gelap ruang bilik diisi dengan bunyian
titisan air kumpulan embunan dibumbungan
aku diulit keresahan
gelapku diisi keraguan

saat ini kah aku perlu panjatkan doa?
merenung ke dalam tapak tangan ku,
liangan dipeluhi
berlikat dan basah

tiada kata yang harus ku ucapkan
semuanya telah dipadam usia

Yanz
(Kala malam ujan...)
16 Oct 09

Monday, October 19, 2009

Update on AkudGanu Renovation

The list:
- coding, java scripting, XML scripting, - 70% complete
- layout design, color, patern - 80% complete
- linkage - 90% complete
- template - 50% complete
- bug rectifying - 70% complete
- conversion - 0% complete


huh... banyaknya.. lots more & more idea mencurah2.... peghhhh buat la yang mana termampu.
macam banyak masa je nak buat benda ni semua...

hehehhehehe

Menunguuu... dan menungguu

Yanz masih lag menunggu keputusan dari pihak Project Team & HR department on the new term & condition on last interview...

Already called the panel, but he said: "Pls wait... we are still waiting the decision by the Project Team."

So, Ok... wait laaa..

& Berdoa.... doa  and doaa... Moga dipermudahkan & diterima... Amin.,...

Smile & Cry

Anyone can make you smile

many can make you cry
but it takes
someone really special
to make you smile
with tears in your eyes....

Anyone can hide their feelings
sadness, happiness,
smillies, heart crying,
denying by words
but not the expressions

Am I in smile or Cry mode?

Who knows????

Saturday, October 17, 2009

Wekend Deepavali

Weekend ni, Depavali day... so Vanekam to my frenz... Muthy (x-clinic Pagoh), Murali (Carigali Kertih)... Murali ni pernah tumpangkan Yanz dari KL ke Kertih.. dia sanggup tungguu kat hentian LRT kat Wangsa Maju.. sampai jam 11 malam.. at that day.. Yanz dari Miri, Sarawak..

nak jadik kes.. plan awal memang cantik je... depart from Miri to KLIA at 2.30pm.. then boleh la Yanz & Murali balik dr KL jam 9-10 malam... but punya hampeh & kejam MAS pada ari tu... (bukan Yanz aje, ada orang lain pun kena jugak).. MAS entah tetiba je main cancel flight Yanz dr Miri ke KLIA jam 2 lebih tuh... hangin laaa Yanz & sabahat tuh (broder berfamily)... nak jugak balik petang tuh... so adjust punya adjust setelah msuk nama dlm Standby Check In.. dapat jam 6.00 pm.. tapi sebelum jam 6pm tuh ada satu flight ke KLIA, Miri-KLIA direct flight... tuh yang Yanz target... boleh satu flight Cikgu Line Trainer Carigali.. last last tunggu punya tunggu yang jam 5pm dah penuh.. terpaksa la juga ambik jam 6pm.

Yang menjadikkan masalahnya ialah... flight Miri - KLIA jam 6pm tuh.. akan transit di Kuching... perghhh
haru betull... dah  aaa Yanz janji dgn Murali jam 9 sampai kat umah dia... last last.. 1 jam jugak standby kat Kuching... pas tuh sampai KLIA jam 9pm.. nak kena sampaikan ke LRT umah Murali satu hal lagi... kena ambik ERL KLIA-Central.. pas tuh ambik LRT ke Wangsa Maju... tuh yang lambat gile nak boleh ke sampai ke W/S...

Telepon asyik bunyik je.. tit tut tit tutttt... Murali calll.. ngeh ngeh ngeh.. cakap la Yanz pasal flight lambat, delayed, transit kat Kuching...

penat memang aa penat... bertolak dr W/S jam 11 lebih !!!! peerhhhhh mana tak hangin org tuh.. Yanz pun pujuk kat dia.. tolong laaa... esok kerja.. you ajer harapan I..
dia pun tungguu sambil (maybe masam muka)...

btolak ke Kertih thru LPT.. ujan plak.. dia bawak laju gak kereta tu.. seram je.. layan lagu hindustan, .... biasalah tuh,.. Yanz pun dengar je lagu yang dipasang,.
jadik Hindustani la plak Yanz..

sampai Kertih jam 5 pagi.. peghhhh !!!
tertidur2 dlam kereta.. pasal penat...

esok esoknya kerja sambil x cukup tidur...
Thanks bro...
nak kena belanja mamat ni,..

Under Renovation



Hello all visitors, my new looks of Aku.dGanu... currently is under renovation,... hope i can make it done as soonest i can...


I will announce & redirecting to akudganu.blogspot once everything is complete..

be patient... since i pun patient also maaa..

Satu Waktu Buat Menulis Namamu

(buat kak Aida yang resah & pasrah)

di usia ini
tanpa jemu kupohoni ketenangan
dan keampunan
barangkali aku tidak mungkin memiliki hatimu
meski pun di antara kita saling mengharap
biarkan kenangan sepucat mimpi
mengembara dalam kesendirianya
dan aku berlutut di sini
memeluk angin yang basah
dihujani salju embun nan dingin
barangkali
kan ku temui suaramu
di arah barat

di waktu kembara ini
kau terlalu jauh dalam kedekatan yang hampir
dan ramai orang menunggu mu
tetapi aku seorang menanti

Kak
masihkah kau seperti dulu
membawa berita manis
sambil menatap mataku
dan sesekali aku terkedu
dalam keramahan yang terhenti
di antara perindu dan pemuja
kita menuju dewsa

Kak,
apakah paling abadi buat doa?
selain ungkapan kasih yang tak menghilangkan kenangan itu
dan mengaburkan kepercayaan
lalu sebagai waktu penangguh
mengisi rindu
dikala hati mengharapkan sinar cahaya
dan mendambakan kepasrahan mu itu...

Bingkisan dari ku..



i.
Sebagai manusia yang amat perasa terhadap pengaruh
alam di sekelilingnya, malah kehidupannya sendiri
seniman adalah manusia yg tidak lupa untuk mencatatkan
apa saja yang dirasai dah dilihatnya

ii.
san di dalam usaha untuk mendewasakan diri serta
pengalamannya,
manusia harus berani memberi erti pada kehidupannya sendiri
iii.
begitu jugalah saya
untuk dapat menikmati satu hasil karja yang boleh dipertangungjawabkan
maka saya telah memperbaiki kembali sajak-sajak
ini sekadar yang perlu

coretan awal...

hmmmm... no idea at all

Sejak dua menjak ini.. Yanz dah macam x der mood nak menaip dalam blog ni... hanya mencatatkan segala apa yang dipikirkan di benak ini dihelaian helaian...
ntah bila nak diolah dan menjadi isi diari blog ini... biarkan lah masa menentukan bila mana ada masa ku itu nanti..

Yanz terpikir.. why not to post all my poem into akudganu... hmmm jap nanti Yanz carik balik poem2 yang dicoretkan...

Monday, October 5, 2009

Interview Esok

Hmmmm... Esok Yanz ada interview kat KL.. perghh lama tak masuk interview..
nih 1st step nak move out la dari PETRONAS environment.. setelah 9 tahun di petronas carigali ni... kat Kertih.

Interview di Bangunan AA, Jalan Tun Razak... di syarikat MMHE...

Doakan Yanz berjaya & di terima oleh MMHE...

...... malam ni bertolak ke KL...

Sunday, October 4, 2009

Lamanya....

Sudah lama benor Yanz x update blog ni... huhhhh kenapa laaa jadik mcm ni.

banyak benda nak kena handle.. kerja, life, personnel, raya, contract, kerja baru,... dan macam macam hal...

jap lagi Yanz post entry baru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...