Followers

Tuesday, February 8, 2011

RINGKASAN KULIAH AGAMA MINGGUAN

- dipetik dari MPKB portal.


Lazimnya diri berkawan (mujalasah) dengan alim ulama’ kerana ini akan

mendorong kearah melakukan kebaikan, kerana kehidupan manusia sebenarnya

dipengaruhi oleh keadaan. Sentiasalah mendengar perkataan bijak pandai dan alim

ulama kerana dengan ini akan menghidupkan hati-hati manusia.

Allah menghidupkan hati manusia dengan nur hikamah seperti Allah

menghidupkan dan menyuburkan bumi yang gersang dengan air hujan. Hidupkanlah

hati dengan sifat keimanan, ketaqwaan dan redha kepada Allah. Selagi kita hidup,

selagi itulah manusia tak akan mampu dipengaruhi oleh perkara-perkara yang

merosakkan dan melalaikan. Seperti mana air laut yang masin tak mampu untuk

memasinkan ikan yang kecil selagi ikan tersebut masih hidup.

Janganlah kita leka dalam mencari harta dunia sehingga malalaikan kita dari

mengingati Allah. Harta adalah pinjaman sepertimana tetamu akan balik, begitu jugalah

harta yang dipinjam akan diambil balik oleh tuannya. Janganlah kita terlalu kasih

kepada barang yang tak kekal kerana kasih abadi hanyalah kepada Allah Taala.

Teman manusia ada tiga perkara :

1. Setakat halkum - dunia

2. Setakat kubur - anak-anak / keluarga

3. Padang Mahsyar - amalan

Ingatlah kita semua, tujuan Allah menciptakan manusia adalah untuk

mengabdikan diri hanya kepadanya. Manusia akan diuji dengan godaan dan

cabaran bagi menilai tahap keimanan hamba terhadap penciptanya. Antara

hikmah penciptaan manusia ialah :

1. Supaya manusia merasai nikmat hidup

2. Merasai nikmat Islam

3. Nak masukkan manusia ke dalam syurganya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...