Followers

Sunday, November 8, 2009

Kisah Perempuan


[Gambar sekadar hiasan... cunnya]
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat
resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan
ialah masak ikut resepi!
________________________________________

Menurut satu kajian;
kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita.

Dan menurut satu kajian lagi;
kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________

Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila
berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang
perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________

Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit
kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya
dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang
lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua
kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap,
merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca
pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya
dan tauke shopping complexnya!
________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang
ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak
berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!
________________________________________

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make
up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up.
Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka
sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya
tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali
pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam
setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja
tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga
kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita
mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________

Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping
complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani... Ini sekali lagi
menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________

Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin
empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua
ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari
kes mengumpat.
________________________________________

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________

Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-
kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan
selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan
kehabisan hati!
________________________________________

Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama
dalam hal berbelanja!
________________________________________

Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka
jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________

Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan
lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan
cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
________________________________________

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh
Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________

Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.
Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm.
Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak
memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau
dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia,
tak kira lelaki ataupun perempuan!

*jangan rasa dukacita dengan kemiskinan harta,sebaliknya
bersedihlah dengan kemiskinan jiwa*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...