Followers

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, April 2, 2010

KL Book Fest 2010@PWTC



Akhirnya.. my hajat were rewarded.... Memang berhajat sangat nak pergi ke pameran buku kebangsaan ni... tapi masa last - last tuh tak dpt pergi plak disebabkan beberapa faktor... tak dapat dielakkan.

so last week dapat jugak pergi ke PWTC... alkisah..
Yanz sampai kat Putra jam 8.30 malam !!!! dari Terengganu.
so berlari2 laaa nak p ke PWTC... dengan hujannya.. redah je laa. ujan..
kalau nak diikutkan memang nak pi laaa time lepas opis hour.. tapi tak sempat.

so... berlari-lari Yanz masuk PWTC.. nasib baik laaa booth ALaf21 masih bukak lagi.. so masuk je pintu besar tuh.. terus tanya pekerja Alaf21.. mana buku RAM?
* RAM = Ramlee Awang Murshid.

Tajuk buku yg terbaharu : CINTA SUFI.
Kalau sesiapa yang membaca dan memfollow buku-buku karangan RAM ni.. perghh memang laa best wa cakap lu... !
* Yanz dah ada cukup koleksi buku-buku RAM ni.. hehehhe COMPLETE all serries.

Then pergi plak ke seberang sungai nak masuk ke booth Kaki Novel.. tapi x sempat sebab dah banyak booth yang tutup... dah berkemas la depa semua...

Mujur (sekali lagi), booth Creative masih buka, so Redah al bedal lah... last last carik2 punya buku.. dapat
laa 3 buku Creative...
- Megalomania 3 oleh Fatinilam Sari Ahmad
- Rindu tak Terucap oleh Nurhayati Ishak
- Lamaran Kedua -oleh Maa Lee Chuswan

Koleksi Megalomania 1 & 2 dah ada... yang Rindu tak terucap & Lamaran kedua tuh baru nak try baca buku karangan depa tu.. tapi dulu pernah beli buku Maa Lee Chuswan...

Cerita selanjutnya.. kemudian punya entri yerk....

Tapi yang masih terkilan.. tak dapat beli ialah buku Hlovate (Versus).. takpe.. nanti Yanz carik jugak...

Saturday, March 20, 2010

RAM - Ramlee Awang Murshid

Salam
Good day to me and you...

RAM..... singkatan Ramlee Awang Murshid..
Apa kena mengena dgn Yanz?

1) Yanz dah register sebagai peminat & FOllower Blog RAM.
2) Peminat setiap membeli, membaca koleksi-koleksi buku Novel RAM ni
3) Dah cukup / complete semua terbitan dan Karya RAM ni Yanz dah miliki...
4) Nak sangat sangat beli buku yang terbaharu karya beliau berjudul "CInta Sufi"... mungkin sambungan atau ada sikit2 kaitan dengan trilogy kisah Sunan kot... my faveret koleksi.
5) Berhajat nak jumpa on 28th ni... kat KLBook Fairs ... tapi tengok la keadaan macam mana nanti...

KL Book Fair 2010

Salam
Good day to me and you...

Kini KL Book Fairs kembali.... hmm nak pi nak pi....... 


Salam
Good day to me and you...

Skarang ni Yanz tgh layan buku novel ni.... karangan Izza Ariffin. tajuk buku Kasih Pun Bersatu..

buku ni adalah sequel terbitan yang dulu... Dan Mimpi Pun Bersatu. hmmm saper yang beum baca, sila laa baca.. best buku ni...

KASIH PUN BERSATU – IZZA ARIPIN

Kasih Pun Bersatu… karya terbaharu Izza Aripin ini menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.

Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.
Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.
Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.
Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan.  Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….

Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

Sunday, November 8, 2009

Novel Terbaru: New Moon




My new novel ... layan cerita vampire jap...

Thursday, October 29, 2009

Novel Terbaru: AKU CINTA DIA

Yanz dah lama tak membeli buku2 novel ni.. kebetulan ada lalu kat tokoh buku, so masuk jap tengok2 kalau kalau ada yang best...  jumpa plak novel Kak Syarifah ni... hmm macam menarik je.. sebab dah lama x beli buku dia ni...


Penulis : Sharifah Abu Salem
Sinopsis :


DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Sunday, August 2, 2009

New books.... Dilema


My new koleksis ... Yanz pun tak tahu terbeli sampai tema kali ni "Dilema".

tergelak bila dah dalam ERL ke KLIA.. hehehhe.. Apa sal Yanz beli 2 buku bejudul Dilema pun tak tahu...

Buku Dilema Melayu oleh DrM ni memang dah lama nak beli...

manakala yang novel sastera Dilema Ranting Patah oleh Siti Zainon pulak, tengok mcm best je sinopsis...


belasah je la...


Wednesday, June 3, 2009

2 novel completed

just finished reading 2 novels..... Meniti Maut by Eymal Hykal & Mantera Hitam by Serunai Faqir...

Best... memang best.... waiting the sequel....



Thursday, April 2, 2009

Novel baru... Mikhail


MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!




p/s: Aku tak baca lagi buku ni, walhal dah 4 ari aku beli....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...